Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer
1.1 Pengurusan Makmal Komputer
Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang
harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi
perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini
diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.
1.2 Peraturan Makmal Komputer
2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin
atau semasa ketiadaan guru.
2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya
tersusun rapi dan kemas.
2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang
bertugas di makmal komputer.
2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan
makmal komputer.
2.7 Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam
buku log / rekod penggunaan makmal komputer.
2.8 Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamatalamat
yang melampau / tidak bermoral(lucah).
2.9 Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda,
bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
2.10 Pengguna komputer dilarang mebuat sebarang pengubahsuaian ke atas
sambungan wayar di komputer.
2.11. Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal
kecuali dengan izin guru yang bertugas.
2.12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian
dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
2.13. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang
terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan
dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer.
2.14. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung