TATACARA PENGGUNAAN CHROMEBOOK
1. Chromebook akan
dikeluarkan dari charging cart.
2. Pelajar akan switch on
Chromebook.
3. Chromebook secara
automatik disambung dengan wifi yang telah disediakan .
4. Pengguna akan memasukkan
user ID dan password yang diperolehi daripada VLE Frog.
5. User ID dan password
akan disahkan.
6. Pengguna boleh membuka
browser dan melayari internet VLE.
7. Setelah siap digunakan,
Chromebook hendaklah disimpan semula dalam charging cart untuk dicaj bateri.
8. Selain dari
langkah-langkah asas di atas, sekolah juga boleh memastikan langkah-langkah
yang sesuai dan sistematik bagi memastikan peralatan sentiasa berada dalam
keadaan sedia guna.
KESELAMATAN FIZIKAL PERALATAN
1. Semua Chromebook yang
telah digunakan hendaklah disimpan kembali ke dalam charging cart yang
disediakan selepas penggunaan bagi tujuan pengecasan semula, penyelenggaraan
dan keselamatan.
2. Pihak sekolah
dinasihatkan mencatat / merekod pergerakan Chromebook tersebut untuk memastikan
ia mudah dikesan lokasinya atau individu yang memegang atau menggunakannya sama
ada di dalam atau di luar kawasan sekolah (bergantung kepada pertimbangan Pengetua
/ Guru Besar untuk membenarkan Chromebook berada di luar kawasan sekolah).
3. Jika berlaku sebarang
kehilangan, pihak sekolah hendaklah melaporkan berdasarkan kepada Arahan
Pembendaharaan yang berkuatkuasa dan kepada Helpdesk YTL bagi membolehkan tindakan
susulan diambil.
ADUAN KEROSAKAN
Sebarang kerosakan /
kehilangan yang berlaku atau kegagalan peralatan yang dibekalkan berfungsi
hendaklah dilaporkan kepada Helpdesk YTL pada talian 018-7998787 atau pada emel
meosupport@ytlcomms.my